Kulit badan dan muka perlulah cerah sekata supaya kulit kita nampak cerah secara semulajadi. Jadi pelbagai cara boleh dilakukan. Samaada yang memerlukan modal besar seperti pergi ke spa atau dengan melakukan rutin penjagaan badan di rumah sahaja.
Di sini saya nak kongsikan 3 Tips memutihkan kulit tangan dan badan secara semulajadi, mungkin anda boleh cubanya di rumah.
1) Menggunakan madu
Oleskan madu asli ke seluruh tubuh anda, Biarkan kering dan bilas dengan air suam. Lakukan sebelum mandi
2) Menggunakan Beras.
Rendam beras dalam air selama 12 jam. Kemudian, tapis beras dan tinggalkan sedikit sahaja air, jangan biar sampai kering airnya. Kemudian, blend beras tadi hingga halus. Gunakan sebagai skrub dan masker badan. Biarkan selama 20-3- minit. Barulah bilas. Amalkan 3 kali seminggu.
3) Menggunakan limau nipis.
potong limau kepada 4 bahagian. Boleh guna beberapa biji limau. Kemudian, gosok limau ke seluruh badan termasuk muka. Biarkan hingga 10-15 minit dan bilas .
Diharap tips ni dapat bantu anda tampil cerah bukan hanya di wajah, tapi di badan juga.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan