Rabu, 1 Ogos 2018

Tips penjagaan wajah secara semulajadi menggunakan masker buah

Mungkin ada diantara anda yang risau dengan keadaan kulit sekarang. Banyak terdedah pada cahaya matahari boleh menyebab kulit menjadi kering dan kusam. Bukan hanya kesihatan tubuh badan perlu dijaga. Akan tetapi kecantikan dan kesihatan kulit pun sama pentingnya.

Jom kita sama-sama belajar cara penjagaan wajah secara semulajadi menggunakan buah. Mungkin bahan ni dah sedia ada di dapur anda. Hasilnya pasti tak akan mengecewakan kerana buah-buahan ini ternyata sangat baik untuk kulit.




1) Masker Avocado

Buah pertama yang dijadikan masker adalah masker avocado. Avocado mengandungi nutrisi dan vitamin yang bukan sahaja baik untuk kesihatan, malah untuk kecantikan kulit juga. Dalam hal ini, avocado sangat baik untuk mengatasi masalah kulit kering. Cara menggunakan avocado ini sangat mudah. Hanya sediakan buah avocado separuh dan campuran dengan sedikit madu. Selepas itu, hancurkan sebati buah tersebut. Bolehlah disapu pada wajah selama 20 minit. Kemudian dibilas hingga bersih.

2) Masker Pisang

Masker pisang sangat popular, dan sering digunakan sebagai masker . Pisang kaya dengan vitamin B6, vitamin C dan potasium dan zat lain yang sangat baik untuk menjaga kelembapan kulit. Dengan menggunakan masker pisang, kulit akan menjadi lembap, halus dan awet muda. Cara menggunakannya pun mudah, Hanya perlukan sebiji pisang yang masak, kemudian dilenyek hancur. Sapu ke wajah selama 10 minit. Kemudian, bilas dengan air hingga bersih.

3) Masker Epal

Berbanding buah avocado dan pisang, mungkin buah epal jarang digunakan. Tetapi buah epal juga kaya dengan zat seperti  vitamin A, B1, B2, B3, B5, B9, C, kalsium, magnesium, potasium dan sebagainya yang baik untuk kecantikan kulit. Cara menggunakannya sangat mudah sekali, anda hancurkan buah epal, campurkan dengan madu secukupnya, kemudian oleskan pada kulit wajah dengan rata, biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air hingga bersih.

4) Masker lemon



Lemon merupakan buah paling popular dalam dunia kecantikan. Hal ini tak lain disebabkan oleh lemon yang sangat baik untuk kecantikan. Lemon dapat mengatasi banyak masalah kulit seperti kulit kering, kusam, berminyak,jerawat, penuaan dan sebagainya. Untuk menggunakanya lemon ni mudah je, anda perlu perahkan jus buah lemon, kemudian sapukan  air lemon pada kulit wajah, biarkan  hingga kering dan bilas dengan air hingga bersih. 

4. Masker lobak

Masker buah terakhir yang sesuai digunakan adalah masker lobak.LObak mengandung vitamin A, B dan C yang bagus untuk mengatasi masalah kulit berminyak. Selain itu lobak juga mengandungi betakarotin serta potasium yang baik untuk merawat kecantikan kulit. Cara menggunakanya seperti biasa, anda hancurkan lobak dan sapukan  pada kulit wajah, diamkan selama 10 minit dan bilas dengan air hingga bersih.

Itulah info yang dapat kami kongsikan berkaitan tips menggunakan buah sebagai masker wajah. Diharapkan dapat membantu dan bermanfaat. Selamat mencuba :)

Selasa, 6 Februari 2018

6 KESAN MENAKJUBKAN JIKA ANDA GUNA KAYU MANIS PADA KULIT




Kayu manis mempunyai bau yang harum dan berempah. Kita sering menggunakan kayu manis dalam masakan. Terdapat banyak khasiat kayu manis . Samaada dari segi kesihatan mahupun kecantikan kulit. Kayu manis sering juga ditambah dalam produk-produk penjagaan wajah yang ada di pasaran. Menurut Dr. Marina Peredo seorang pakar kulit, katanya " Kayu manis dapat menghalang pembiakan bakteria jerawat dan penting untuk merawat kulit berjerawat. Berikut adalah kesan penggunaan kayu manis pada kulit anda:


1) MENGUBATI LUKA
Jika anda luka, dan di rumah anda tiada antiseptik pada masa tersebut, anda boleh sapu serbuk kayu manis pada luka. Tetapi jangan terlalu banyak kerana akan menyebabkan rasa pedih dan sakit yang berlebihan.


2)MELAMBATKAN PENUAAN KULIT
Kulit kayu manis mampu melancarkan pengaliran darah. Oleh itu dengan menyapu serbuk kayu manis pada wajah dapat melancarkan pengaliran darah. Pengaliran darah yang lancar penting untuk memastikan kulit mendapat oksigen yang cukup dan mengelakkan berlakunya garis halus pada kulit.


3) MENINGKATKAN PERTUMBUHAN RAMBUT
Risau rambut anak anda tak tumbuh dengan lebat? Tak perlu cari produk di kedai, cuba sahaja sapu serbuk kayu manis di kulit kepala. Campurkan madu, kayu manis dan minyak zaitun untuk menggalakkan pertumbuhan rambut.


4)MENANGGALKAN SEL KULIT MATI

Sel kulit mati di wajah menyebabkan wajah nampak kusam dan tak berseri. Cuba buat skrub guna bahan-bahan ni. Campurkan garam, minyak almond, minyak zaitun, madu, kayu manis . Gosok dan skrub kulit untuk dapatkan kulit yang lebih cerah dan lembut.


5) MERAWAT KULIT KAKI MEREKAH

Kayu manis dapat melembutkan kulit kaki kerana kandungan antioksidan yang tinggi dalam kayu manis. Campurkan kayu manis, susu dan 1 bekas air. Rendam kaki kedalam air tersebut selama 15 minit untuk dapatkan kulit kaki yang lebih lembut;


6) MENGHILANGKAN KELEMUMUR

Campurkan 1 sudu kecil serbuk kayu manis bersama 1 sudu madu dan 1/3 cawan minyak zaitun. Urut kulit kepala dengan campuran tersebut selama 20 minit. kemudian boleh dibilas dengan syampu biasa.



MAHU RAWAT JERAWAT? DAPATKAN SABUN NATURAL DARI KAYU MANIS DAN MADU.

Sabun kayu manis membantu merawat jerawat,
memudarkan parut,
memudarkan jeragat
juga boleh merawat masalah resdung

TERDAPAT 2 SAIZ IAITU 10 GRAM DAN 50GRAM


PROMOSI

PERCUMA POSTAGE DENGAN PEMBELIAN RM40 KE ATAS

SEBIJI SABUN
BERAT 10G -RM2



WHATSAPP 018 463 1804 UNTUK TEMPAHAN

Ahad, 4 Februari 2018

LANGKAH UNTUK LEMBAPKAN KULIT

Memakai pelembap adalah salah satu langkah yang paling penting dalam penjagaan wajah seharian kita. Dengan mengekalkan kelembapan yang seimbang pada wajah dapat melambatkan penuaan. Ini kerana kekeringan kulit meningkatkan kedutan dan mengurangkan keanjalan kulit.

Berikut adalah beberapa langkah untuk lembapkan kulit:

1) KENALI JENIS KULIT


  • Jika kulit anda kering, kulit akan nampak dan terasa kering. Kadangkala mengelupas. Lebih teruk dalam keadaan tertentu kulit berdarah. Lebih lebih lagi bila berada pada suasana yang sejuk. Jika ada tanda-tanda ini dapatkan pelembap muka dengan segera
  • Untuk kulit berminyak, selepas mencuci muka kulit akan bersinar semula dengan cepat. Ini kerana penghasilan minyak sangat cepat. Jika kulit anda berminyak, pilih pelembap yang sesuai untuk kulit berminyak
  • Kulit kombinasi: Kawasan t-zone seperti dahi dan hidup kelihatan berminyak selepas mencuci muka. Kawasan lain kelihatan kering. Anda mengalami masalah kulit kombinasi. Untuk pakai pelembap, 2 jenis pelembap diperlukan. untuk bahagian berminyak, gunakan pelembap yang sesuai untuk kulit berminyak. Untuk bahagian kering, guna pelembap untuk kulit kering

2)MELEMBAPKAN KULIT YANG KERING


  • Elakkan terlalu kerap mencuci muka kerana akan buatkan kulit bertambah kering.
  • Gunakan pencuci muka tanpa bahan pewangi
  • Elakkan mandi air panas

  • gunakan pelembap yang sesuai untuk kulit kering.
  • untuk bahan natural boleh guna minyak zaitun sebagai pelembap
Pastikan sentiasa memakai krim pelindung cahaya matahari. Pakai krim tersebut sebelum menyapu pelembap muka.


rajinkan diri memakai topeng muka (masker). Boleh gunakan bahan seperti
  • minyak zaitun
  • minyak arga
  • minyak kelapa
  • madu
  • kuning telur
  • lobak
  • tomato

Mahu rawat kulit kering dengan menggunakan madu? tapi selalu terlupa untuk sapu madu kerana rutin harian yang sibuk. Saya cadangkan guna sabun madu keluaran Saupor ni.

sabun ini Natural tanpa bau, dan pewarna, sangat melembapkan kulit dan dapat merawat kulit kering.



Sejak dahulu lagi kita baca tentang khasiat madu. Ada banyak manfaat untuk kesihatan. Untuk kecantikan juga sama. 

Saya pun selalu amalkan juga, buat masker guna madu. Sebab madu ni kan bahan semulajadi, selamat. Memang terbaik untuk merawat kulit, lembapkan kulit. Malah , madu ni antibakteria dan antioksidan.

Bila buat masker guna madu, susah juga nak rata sebab melekit gitu. Jadi saya pakai je sabun madu. Diperbuat dari madu asli.

Tanpa pewangi dan pewarna pun. Bila pakai sabun madu ni kulit pun dah tak kering. Minyak pun takde tapi rasa lembap gitu.

Best betul lah. Lagi2 bila #sabuncute ni saiznya kecik je. Tak payah potong dah. Bentuk rose boleh pakai setiap hari .biasa 1 ketul kecik 10g ni tahan sampai seminggu. Kadang sampai 2 minggu tau.

Nak try tak? Nanti boleh whatsapp. Klik link untuk order www.wasap.my/60184531804

HARGA 

SEBIJI RM2. MIN ORDER 5 BIJI. 
BELI 20BIJI PERCUMA POSTAGE


WHATSAPP 018 463 1804


Jumaat, 2 Februari 2018

Tips Putihkan Kulit Semulajadi Tanpa Kimia Berbahaya

Terlalu taksub untuk putih hingga membahayakan nyawa? Sekarang anda patut berhenti mencuba pelbagai produk cepat putih. Kebanyakan produk yang beri kesan SEGERA adalah produk mengandungi merkuri. Merkuri boleh meresap ke dalam salur darah dan merosakkan organ. Ngeri bukan? Jadi, tiba masa untuk berubah kepada petua dan tips semulajadi seperti ini. Jom Baca Tips putihkan kulit tanpa Bahan kimia berbahaya,

MENGGUNAKAN LEMON


Lemon sangat bagus untuk mencerahkan kulit. Kandungan vitamin C dalam lemon akan meningkatkan kesihatan kulit ke arah yang lebih baik. Jadi lemon adalah rawatan mampu milik bagi semua orang yang mahu kulit lebih cerah atau putihkan kulit.

Cara yang mudah, isi ais ke dalam spray bersama perahan lemon. Biarkan ais tersebut mencair. Spray wajah setiap hari menggunakan air lemon tersebut. Simpan di dalam peti sejuk untuk pastikan air lemon tahan lama.

Selain itu, campurkan 1/2 campuran perahan lemon bersama 1/2 campuran madu dan serbuk kunyit. Sapu di wajah selama beberapa minit , Lap wajah dengan tuala basah.


BUAT MASKER MENGGUNAKAN OAT


Jika mahu singkir kan toxic dari kulit tanpa menyakitlan. Gunalah oat sebagai bahan utama masker anda. Masker ini paling mudah dan murah. Ambil 1/2 cawan oat yang dilarutkan dalam air panas (bukan air mendidih) . kemudian campurkan dengan 1 sudu yogurt, 1 sudu madu dan 1 biji putih telur.Pakai detox mask ini selama 15 minit dan bilas dengan menggunakan air suam.


GUNAKAN WITCH HAZEL SEBAGAI TONER

Sapu toner pada kulit adalah langkah kedua selepas mencuci muka. Tujuan memakai toner untuk pastikan kita menanggalkan segala keketoran yang tak dapat ditanggalkan semasa mencuci muka. Gunakan kapas muka, letakkan sedikit witch hazel dan gosokkan secara memutar ke seluruh wajah.,

JAGA PEMAKANAN


Sebenarnya apa yang kita makan pun mempengaruhi kecerahan kulit kita. Ubah cara pemakanan dengan makan lebih banyak sayuran berdaun hijau dan buah-buahan. Sayuran hijau banyak mengandungi vitamin c yang menjauhkan kulit dari jangkitan jerawat dan masalah kulit yang lain.



Sebenarnya ada cara lebih mudah dan ringkas untuk putih tanpa guna merkuri. Jom cuba sabun delima keluaran SAUPOR ni. Diperbuat dari  delima dan gliserin. Sangat tinggi vitamin c dan antioksida untuk bantu cerahkan dan putihkan kulit. 


MURAH MURAH SAHAJA.

SAIZ KECIL 10 GRAM- RM2 SEBIJI. RM45 UNTUK 30BIJI (TAK TERMASUK POSTAGE)
SAIZ BESAR RM10 SEBIJI ( BELI 4 BIJI FREE POSTAGE)
JOM TENGOK TESTIMONI







WHATSAPP 018-4631804 UNTUK TEMPAHAN.
ATAU KLIK WWW.WASAP.MY/60184631804

Jumaat, 4 Ogos 2017

3 Cara Putihkan Kulit tangan dan badan secara Semulajadi

    Kulit badan dan muka perlulah cerah sekata supaya kulit kita nampak cerah secara semulajadi. Jadi pelbagai cara boleh dilakukan. Samaada yang memerlukan modal besar seperti pergi ke spa atau dengan melakukan rutin penjagaan badan di rumah sahaja.

    Di sini saya nak kongsikan 3 Tips memutihkan kulit tangan dan badan secara semulajadi, mungkin anda boleh cubanya di rumah.

1) Menggunakan madu




Oleskan madu asli ke seluruh tubuh anda, Biarkan kering dan bilas dengan air suam. Lakukan sebelum mandi

2) Menggunakan Beras.




Rendam beras dalam air selama 12 jam. Kemudian, tapis beras dan tinggalkan sedikit sahaja air, jangan biar sampai kering airnya. Kemudian, blend beras tadi hingga halus. Gunakan sebagai skrub dan masker badan. Biarkan selama 20-3- minit. Barulah bilas. Amalkan 3 kali seminggu.

3) Menggunakan limau nipis.

potong limau kepada 4 bahagian. Boleh guna beberapa biji limau. Kemudian, gosok limau ke seluruh badan termasuk muka. Biarkan hingga 10-15 minit dan bilas .

Diharap tips ni dapat bantu anda tampil cerah bukan hanya di wajah, tapi di badan juga.

Sabtu, 29 Julai 2017

Tips : Khasiat Madu untuk kecantikan Kulit

Ada banyak sangat khasiat dan kebaikan madu untuk kesihatan dan juga kecantikan kulit. Sebagai seorang yang pentingkan kesihatan dan kecantikan kulit, kita perlu mengambiltahu apa kebaikan madu untuk kulit kita. Supaya kita pun tak ketinggalan dari mengamalkan madu dalam rutin kecantikan harian. 

Madu dah digunakan sejak lama dulu lagi. Selain dari teksturenya yang lembut,kandungan dalam madu ni kaya dengan vitamin, mineral, , antioksidan dan potassium . Madu boleh dijadikan pelembap dan penyegar wajah.

Untuk dijadikan pencuci muka, boleh ikut resepi ni:
1. campurkan 1 sudu madu bersama 1 sudu putih telur dan 1 sudu tepung jagung.
2. campurkan bersama air
3. urut ke seluruh muka dan leher,
4. Bilas sehingga bersih

Untuk dijadikan penyegar , boleh ikut resepi ni:
1. campurkan 1 sudu perahan jus lemon, 1 sudu teh madu dan 1 biji putih telur
2. sapu ke seluruh muka dan leher.
3. biarkan hingga 15 minit barulah dibilas dengan air suam

Untuk dijadikan pelembap, boleh ikut cara ni:
1. campurkan 2 sudu madu dan 2 sudu susu
2. sapukan ke muka selama 10 minit dan bilas bersih

Bukan sahaja untuk muka, untuk bibir pun boleh. bagi megelakkan bibir merekah. Boleh sapu madu setiap malam sebelum tidur.

Kalau anda kesuntukan masa, tak sempat nak try semua resepi tu, boleh lah cuba sabun MADU.
sabun ni dah dibuat sesuai untuk digunakan 1 minggu TAk perlu nak potong lagi. TErus buka plastik dan pakai je. Sabun Natural ni hanya dibuat dari madu dan gliserin. Gliserin adalah pelarut untuk sabun. Berfungsi untuk lembapkan kulit. dan diperbuat dari minyak tumbuhan,.

Memang selamat digunakan untuk anda dan bayi seawal 5 bulan. 

HARGA SEKETUL CUMA RM2

MIN ORDER 5 KETUL

UNTUK TEMPAHAN

whatsapp  018  463 1804

Tips penjagaan wajah secara semulajadi menggunakan masker buah

Mungkin ada diantara anda yang risau dengan keadaan kulit sekarang. Banyak terdedah pada cahaya matahari boleh menyebab kulit menjadi kerin...