Mungkin ada diantara anda yang risau dengan keadaan kulit sekarang. Banyak terdedah pada cahaya matahari boleh menyebab kulit menjadi kering dan kusam. Bukan hanya kesihatan tubuh badan perlu dijaga. Akan tetapi kecantikan dan kesihatan kulit pun sama pentingnya.
Jom kita sama-sama belajar cara penjagaan wajah secara semulajadi menggunakan buah. Mungkin bahan ni dah sedia ada di dapur anda. Hasilnya pasti tak akan mengecewakan kerana buah-buahan ini ternyata sangat baik untuk kulit.
1) Masker Avocado
Buah pertama yang dijadikan masker adalah masker avocado. Avocado mengandungi nutrisi dan vitamin yang bukan sahaja baik untuk kesihatan, malah untuk kecantikan kulit juga. Dalam hal ini, avocado sangat baik untuk mengatasi masalah kulit kering. Cara menggunakan avocado ini sangat mudah. Hanya sediakan buah avocado separuh dan campuran dengan sedikit madu. Selepas itu, hancurkan sebati buah tersebut. Bolehlah disapu pada wajah selama 20 minit. Kemudian dibilas hingga bersih.
2) Masker Pisang
Masker pisang sangat popular, dan sering digunakan sebagai masker . Pisang kaya dengan vitamin B6, vitamin C dan potasium dan zat lain yang sangat baik untuk menjaga kelembapan kulit. Dengan menggunakan masker pisang, kulit akan menjadi lembap, halus dan awet muda. Cara menggunakannya pun mudah, Hanya perlukan sebiji pisang yang masak, kemudian dilenyek hancur. Sapu ke wajah selama 10 minit. Kemudian, bilas dengan air hingga bersih.
3) Masker Epal
Berbanding buah avocado dan pisang, mungkin buah epal jarang digunakan. Tetapi buah epal juga kaya dengan zat seperti vitamin A, B1, B2, B3, B5, B9, C, kalsium, magnesium, potasium dan sebagainya yang baik untuk kecantikan kulit. Cara menggunakannya sangat mudah sekali, anda hancurkan buah epal, campurkan dengan madu secukupnya, kemudian oleskan pada kulit wajah dengan rata, biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air hingga bersih.
4) Masker lemon
Lemon merupakan buah paling popular dalam dunia kecantikan. Hal ini tak lain disebabkan oleh lemon yang sangat baik untuk kecantikan. Lemon dapat mengatasi banyak masalah kulit seperti kulit kering, kusam, berminyak,jerawat, penuaan dan sebagainya. Untuk menggunakanya lemon ni mudah je, anda perlu perahkan jus buah lemon, kemudian sapukan air lemon pada kulit wajah, biarkan hingga kering dan bilas dengan air hingga bersih.
4. Masker lobak
Masker buah terakhir yang sesuai digunakan adalah masker lobak.LObak mengandung vitamin A, B dan C yang bagus untuk mengatasi masalah kulit berminyak. Selain itu lobak juga mengandungi betakarotin serta potasium yang baik untuk merawat kecantikan kulit. Cara menggunakanya seperti biasa, anda hancurkan lobak dan sapukan pada kulit wajah, diamkan selama 10 minit dan bilas dengan air hingga bersih.
Itulah info yang dapat kami kongsikan berkaitan tips menggunakan buah sebagai masker wajah. Diharapkan dapat membantu dan bermanfaat. Selamat mencuba :)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan