Selasa, 6 Februari 2018

6 KESAN MENAKJUBKAN JIKA ANDA GUNA KAYU MANIS PADA KULIT




Kayu manis mempunyai bau yang harum dan berempah. Kita sering menggunakan kayu manis dalam masakan. Terdapat banyak khasiat kayu manis . Samaada dari segi kesihatan mahupun kecantikan kulit. Kayu manis sering juga ditambah dalam produk-produk penjagaan wajah yang ada di pasaran. Menurut Dr. Marina Peredo seorang pakar kulit, katanya " Kayu manis dapat menghalang pembiakan bakteria jerawat dan penting untuk merawat kulit berjerawat. Berikut adalah kesan penggunaan kayu manis pada kulit anda:


1) MENGUBATI LUKA
Jika anda luka, dan di rumah anda tiada antiseptik pada masa tersebut, anda boleh sapu serbuk kayu manis pada luka. Tetapi jangan terlalu banyak kerana akan menyebabkan rasa pedih dan sakit yang berlebihan.


2)MELAMBATKAN PENUAAN KULIT
Kulit kayu manis mampu melancarkan pengaliran darah. Oleh itu dengan menyapu serbuk kayu manis pada wajah dapat melancarkan pengaliran darah. Pengaliran darah yang lancar penting untuk memastikan kulit mendapat oksigen yang cukup dan mengelakkan berlakunya garis halus pada kulit.


3) MENINGKATKAN PERTUMBUHAN RAMBUT
Risau rambut anak anda tak tumbuh dengan lebat? Tak perlu cari produk di kedai, cuba sahaja sapu serbuk kayu manis di kulit kepala. Campurkan madu, kayu manis dan minyak zaitun untuk menggalakkan pertumbuhan rambut.


4)MENANGGALKAN SEL KULIT MATI

Sel kulit mati di wajah menyebabkan wajah nampak kusam dan tak berseri. Cuba buat skrub guna bahan-bahan ni. Campurkan garam, minyak almond, minyak zaitun, madu, kayu manis . Gosok dan skrub kulit untuk dapatkan kulit yang lebih cerah dan lembut.


5) MERAWAT KULIT KAKI MEREKAH

Kayu manis dapat melembutkan kulit kaki kerana kandungan antioksidan yang tinggi dalam kayu manis. Campurkan kayu manis, susu dan 1 bekas air. Rendam kaki kedalam air tersebut selama 15 minit untuk dapatkan kulit kaki yang lebih lembut;


6) MENGHILANGKAN KELEMUMUR

Campurkan 1 sudu kecil serbuk kayu manis bersama 1 sudu madu dan 1/3 cawan minyak zaitun. Urut kulit kepala dengan campuran tersebut selama 20 minit. kemudian boleh dibilas dengan syampu biasa.



MAHU RAWAT JERAWAT? DAPATKAN SABUN NATURAL DARI KAYU MANIS DAN MADU.

Sabun kayu manis membantu merawat jerawat,
memudarkan parut,
memudarkan jeragat
juga boleh merawat masalah resdung

TERDAPAT 2 SAIZ IAITU 10 GRAM DAN 50GRAM


PROMOSI

PERCUMA POSTAGE DENGAN PEMBELIAN RM40 KE ATAS

SEBIJI SABUN
BERAT 10G -RM2



WHATSAPP 018 463 1804 UNTUK TEMPAHAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tips penjagaan wajah secara semulajadi menggunakan masker buah

Mungkin ada diantara anda yang risau dengan keadaan kulit sekarang. Banyak terdedah pada cahaya matahari boleh menyebab kulit menjadi kerin...